SEKURANG-kurangnya enam cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di daerah Selatan California.

Menurut pihak polis Los Angeles menerusi perkongsian di Twitter, pasukan keselamatan telah dikerahkan ke Saugus High School di bandar Santa Clarita.

Jelasnya lagi, suspek yang dikenal pasti memakai t-shirt hitam ditemui di sekolah tersebut.

Dalam pada itu, pihak bomba belum dapat mengesahkan sama ada mangsa cedera akibat terkena tembakan atau sebaliknya.

Susulan insiden tersebut, sekolah tersebut dan beberapa sekolah berdekatan terpaksa ditutup.