Dua syarikat penerbangan tambang murah swasta India, IndiGo dan GoAir, telah membatalkan sejumlah 65 penerbangan domestik pada Selasa selepas pengawal atur penerbangan awam negara itu telah mengarahkan agar 11 pesawat jenis A320 Neo didaratkan berikutan "kerosakan pada bahagian enjin."
IndiGo membatalkan 47 penerbangan manakala GoAir membatalkan 18 penerbangan, lapor agensi berita China Xinhua.
"IndiGo membatalkan beberapa penerbangan tertentu berikutan arahan lanjut pendaratan pesawat kami yang dikeluarkan oleh DGCA (Direktorat Jeneral Penerbangan Awam) atas alasan keselamatan.
"Kami secara proaktif sedang menyusun semula semua penumpang yang terjejas untuk menaiki penerbangan lain. Mereka telah diberi pilihan sama ada memilih penerbangan lain tanpa kos tambahan atau membatalkan tempahan mereka, dan mendapatkan semula bayaran balik sepenuhnya tanpa dikenakan caj pembatalan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Daripada 11 pesawat yang didaratkan itu, lapan adalah milik IndiGo manakala bakinya dimiliki GoAir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 13 2018
IndiGo membatalkan beberapa penerbangan tertentu berikutan arahan lanjut pendaratan pesawat yang dikeluarkan Direktorat Jeneral Penerbangan Awam atas alasan keselamatan. REUTERS / Fail
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang
Semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat berkenaan.
Honda Malaysia panggil balik tambahan 77,708 kenderaan
Langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan kesukaran bagi menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti.
Feri P. Pinang: "Kalau susah cari alat ganti, tukar enjin baharu" - Guan Eng
Katanya, beliau mewakili suara dan hasrat penduduk Pulau Pinang yang inginkan perkhidmatan itu diteruskan.
Master of torque Yamaha MT-09 versi 2021 telah tiba!
Terdapat beberapa aspek penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap MT-09 ini iaitu rupa bentuk dan kapasiti enjinnya.
Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50
Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan mempunyai satu lagi mod khas.
Bayi berusia 4 bulan terperangkap dalam kereta
Seorang ibu melalui detik cemas selama 15 minit apabila bayi lelakinya berusia empat bulan terperangkap di dalam kereta yang terkunci ketika beliau keluar membeli barang di sebuah kedai runcit.
'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.
'Motosikal' panjat pokok? Petani ini cipta alat khas petik buah kelapa
Petani ini mempunyai cara yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi untuk melaksanakan tugas itu, iaitu menaiki sebuah 'motosikal'.
AirAsia nafi khabar angin enjin pesawatnya terbakar
AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK538 yang dijadual berlepas dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh pada Jumaat alami isu teknikal ketika ditunda dari tempat parkir.
Serangan 20,000 lebah, penerbangan ditunda
Pakar dipanggil untuk menggeluarkan kira-kira 20,000 lebah dari enjin pesawat berkenaan dan pihak berkuasa berkata ia adalah kejadian yang jarang-jarang berlaku.