Dua pekerja bank terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kejadian letupan bom Lashio, utara Myanmar pada Rabu.

Menurut jurucakap polis siasatan telah dilancarkan bagi mengenalpasti punca kejadian dan individu yang bertanggungjawab.

Laporan awal menyebut 11 orang awam tercedera dalam kejadian.

"Kami telah menerima laporan mengenai kejadian letupan bom di Lashio hari ini," kata Kolonel Thet Naing.

Menurut jurucakap kerajaan Zaw Htay menerusi laman Twitter miliknya, dua wanita maut dalam kejadian manakala 11 orang awam tercedera.


Menurut saksi, Lway Dehnin, 27 tahun, satu letupan kuat berlaku kira-kira jam 4.30 petang berdekatan dua bank di pusat bandar yang terletak berhampiran pejabat Kementerian Kesihatan negara itu.

"Letupan itu berlaku berdekatan bank Aya dan Yoma yang menyebabkan tingkap di kedua-dua bangunan tersebut serta Kementerian Kesihatan dan beberapa rumah berdekatan pecah," kata Lway Dehnin.

Bank Yoma dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, dua pekerjanya yang berkhidmat di cawangannya di Lashio maut dalam kejadian manakala dua cawangannya lagi di bandar tersebut akan ditutup buat sementara waktu.

"Bank Yoma akan terus berdiri teguh dan situasi yang sedih ini," tambah kenyataan itu.