Dua adik beradik berusia lapan dan lima tahun selamat selepas hilang selama 44 jam di hutan berhampiran rumah mereka.

Leia Carrico dan adik perempuannya, Caroline Carrico dilihat buat kali terakhir di luar rumah mereka di Benbow, Barat Sacramento, pada jam 2.30 petang.

Selepas 44 jam, kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut telah dijumpai oleh pasukan bomba kira-kira satu batu dari kawasan rumah mereka.

Menurut laporan media antarabangsa, kanak-kanak berkenaan hilang selepas berjalan ke hutan di padang belantara California Utara.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan untuk mencari kanak-kanak perempuan itu.

Polis tempatan memaklumkan kedua beradik itu selamat kerana mereka menguasai kemahiran hidup yang mereka pelajari dari kelab persatuan belia tempatan.

“Ini adalah kawasan yang besar dan persekitaran yang agak berbahaya, tetapi bagaimana mereka berada di dalam hutan selama 44 jan sangat menakjubkan,” kata jurucakap polis.

Sebelum hilang, Leia dan Caroline telah memaklumkan kepada ibu mereka untuk keluar berjalan namun dihalang daripada berbuat demikian.