Seekor harimau sumateran telah dibunuh dan digantung pada siling untuk tontonan umum di sebuah perkampungan di Utara Sumatera, Indonesia kerana disangka harimau jadian.
Memetik laporan Sky News, harimau yang sedang tidur di bawah rumah seorang penduduk di Kampung Hutapangan itu, telah diserang bertubi-tubi dengan lembing.
Dua penduduk kampung cedera parah selepas mengekori haiwan tersebut ke tempat tinggalnya di hutan pada Ahad lalu.
Pegawai pemuliharaan telah memberi amaran kepada penduduk kampung agar tidak mencederakan harimau terbabit namun tidak diendahkan.
Dipercayai bahawa harimau tersebut didapati berkeliaran lebih kurang selama sebulan di kawasan kampung tersebut dan penduduk percaya ia seekor harimau jadian.
Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan, Hotmauli Sianturi kesal dengan perbuatan oleh penduduk kampung tersebut.
"Malangnya mereka tidak mendengar. Penduduk kampung berkeras ingin membunuh harimau tersebut.
“Selepas membunuh harimau tersebut, penduduk kampung bertindak menggantung harimau terbabit sebagai pameran. Ia amat dikesali,” katanya.
Agensi
Tue Mar 06 2018
Harimau Sumatran merupakan haiwan terancam dan hampir pupus dan hanya sekitar 400 ekor masih hidup. Gambar/Reuters.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Mahkamah beri perlindungan kepada lebah California
Keputusan terbaharu ini adalah kemenangan bagi kumpulan alam sekitar serta Suruhanjaya Ikan dan Mergastua negeri.
Tidak cukup diancam isu perubahan iklim, populasi koala kini dijangkiti penyakit kelamin
Bagi koala, chlamydia yang tidak dikawal boleh menyebabkan buta dan ketumbuhan yang menyakitkan dalam saluran reproduktif haiwan itu.
Diancam kepupusan, zoo di Indonesia giat biakkan biawak Komodo
Biawak gergasi itu hanya ditemui di sebuah pulau terpencil iaitu Pulau Komodo dan beberapa kepulauan yang berdekatan di timur Indonesia.
Tiada pembeli pasti tiada penjual, elak kepupusan penyu - FOSTER
Sanggup berdepan risiko kesihatan, tidak peduli undang-undang dan hukum memakan haiwan dua alam menjadi punca utama kepupusan spesis penyu.
Perhilitan N. Sembilan tangkap harimau kumbang seberat 41.5 kilogram
Perangkap itu dipasang sejak Selasa lepas, susulan aduan penduduk kampung mengenai harimau kumbang berkeliaran.
Selepas 100 tahun, California condor kembali 'beraksi' di habitat asal
Projek itu akan dilaksanakan di Pacific Northwest, di mana spesies itu tidak pernah hidup secara liar sejak seabad lalu.
Gajah Borneo Sabah perlu kaedah pemuliharaan betul, agresif
Konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun.
Kita perlu belajar daripada kehilangan Iman - MNS
Ini penting untuk dijadikan teladan bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang terhadap haiwan terancam lain yang sekali gus boleh mengganggu keseimbangan ekosistem.
Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
Kematian badak sumbu Sumatera itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne kepada Astro Awani.
Isu Brexit turut jejaskan masa depan haiwan terancam ini... Mengapa?
Jika Britain keluar dari blok EU tanpa perjanjian lengkap, itu akan menjejaskan kesalinghubungan dalam projek pembiakan tersebut.