Pengawal pantai Argentina mengesahkan menembak sebuah bot nelayan asing yang dipercayai milik China yang berada dalam zon ekonomi eksklusif negara itu.

Operasi terbabit didedahkan Kementerian Keselamatan Argentina melalui rakaman yang dikeluarkan pada Ahad.

Dalam kejadian di Lautan Atlantik Selatan itu, pasukan Pengawal Pantai Argentina telah cuba mengusir bot berkenaan keluar.

Namun, empat bot nelayan dari syarikat lain bertindak cuba mengepung kapal pengawal pantai hingga memaksa tembakan dilepaskan.

Bagaimanapun, bot-bot nelayan terbabit enggan memberhentikan pelayaran, sebaliknya mengubah laluan.

Pegawai pengawal pantai berkata, operasi selama hampir lapan jam terbabit terpaksa dihentikan susulan cuaca buruk.