Sepupu kepada pengganas yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai paling mengerikan dalam sejarah New Zealand, menegaskan bahawa Brenton Tarrant mempunyai 'minda tidak waras' dan layak untuk menerima hukuman mati.

Wanita New South Wales, Donna Cox berkata, ia sesuatu yang 'menyakitkan' untuk mempunyai pertalian darah dengan Tarrant, 28, selepas sepupunya itu didakwa membunuh 50 jemaah Muslim di Christchurch pada hari Jumaat.

“Lihatlah apa dia telah buat kepada keluarganya... Dia berasal dari keluarga yang dihormati, ibunya, ayahnya, dipandang tinggi dalam komuniti di sini.

“Kalau boleh, saya mahu bertanya kepadanya, mengapa dia boleh buat begitu?

“Dia layak mendapat hukuman mati atas apa yang dilakukannya. Ia menyakitkan, kerana dia ahli keluarga,” ujar Cox lagi.

Tarrant didakwa menyerang dua buah masjid di Christchurch, menggunakan lima senjata api untuk menembak beratus-ratus jemaah, membunuh 50 orang dan mencederakan 47 orang lain.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata serangan itu jatuh pada 'salah satu hari paling gelap di New Zealand' dan telah berjanji untuk mengetatkan undang-undang senjata api negara itu.

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Tarmizi bakal jalani pembedahan kedua

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Fraser Anning bertegas enggan mohon maaf

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Bapa sanggup ditembusi peluru demi selamatkan nyawa anak