ADAKAH pengasas syarikat jualan atas talian popular dunia Amazon, Jeff Bezos masih lelaki terkaya di dunia?
Ini kerana pampasan perceraian Bezos dengan isterinya MacKenzie mencatat rekod sebagai kes perceraian termahal di dunia, apabila dia bersetuju dengan pampasan perceraian bernilai AS$35 bilion (RM143.1 bilion).
Nilai pampasan tersebut datang dari 4% pegangan saham Amazon, yang bernilai AS$35.6 bilion, yang kekal menjadi milik bekas isterinya itu.
Bezos, 54 tahun memiliki kekayaan bernilai AS$160 bilion masih mempunyai kuasa mengundi terhadap baki pegangan saham Mackenzie di Amazon, sebuah syarikat yang terkaya di dunia dengan penilaian kira-kira AS$900 bilion.
Walaupun butiran perceraian itu tidak didedahkan secara terperinci, Bezos memperoleh pemilikan penuh syarikat The Washington Post dan syarikat penerokaan angkasa, Blue Origin LLC, apabila penyelesaian itu dimuktamadkan.
Bezos dan Mackenzie turut berkongsi kesyukuran satu penyelesaian yang baik dapat dicapai menerusi akaun Twitter masing-masing.
BACA: Pengasas Amazon.com, Jeff Bezos umum perceraian
BACA: INFOGRAFIK: Jeff Bezos hilang gelaran individu terkaya dunia selepas 24 jam
Pada Januari tahun ini, Bezos dan dan isterinya, MacKenzie mengumumkan perceraian mereka selepas 25 tahun berkahwin.
Sebelum ini, hartawan media, Rupert Murdoch diarah membayar pampasan sebanyak AS$1.7 bilion kepada isteri keduanya selepas bercerai pada 1998.
Pelakon, Mel Gibson pula terpaksa membahagikan kekayaannya sebanyak AS$850 juta dengan bekas isterinya selepas mereka bercerai pada 2009 selepas 30 tahun berkahwin.
Astro Awani
Fri Apr 05 2019
Jeff Bezos setuju dengan pampasan bernilai AS$35 bilion untuk MacKenzie - Foto REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
NVIDIA pintas Amazon sebagai syarikat kelima paling bernilai di dunia
Nilai pasaran NVIDIA mencecah $1.78 trilion (RM 8.52 trilion) selepas pasaran saham ditutup berbanding Amazon dengan nilai $1.75 trilion (RM 8.37 trilion).
Amazon perkenal chatbot beli-belah AI 'Rufus'
Rufus masih di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang.
Amazon lancar cip Trainium2, Graviton4 untuk latihan AI serta pelayar data
Trainium2 direka untuk mempercepatkan proses latihan model sehingga empat kali lebih pantas berbanding cip generasi pertama.
Amazon bakal aktifkan AWS Region di Malaysia pada 2024
AWS Region membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia, dan pada masa sama menawarkan kadar pendam rendah (low-latency rate) untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Amazon lancar dua satelit, mahu saingi Starlink milik Elon Musk
Projek Kuiper menyediakan "jalur lebar yang pantas dan mampu milik kepada komuniti yang tidak dilayan dan kurang dilayan di seluruh dunia."
Lebih dari 100 ikan lumba-lumba mati akibat kemarau teruk
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa dan penyelidik terhadap ekosistem alam di Amazon yang semakin terancam.
Sepanyol denda Apple, Amazon AS$217.8 juta kerana amalan antipersaingan
Amazon dan Apple juga menyekat keupayaan jenama lain bersaing dengan Apple untuk memperoleh ruang pengiklanan di laman Amazon di Sepanyol.
Amazon cabar peraturan kandungan digital EU
Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS) Amazon mencabar penyertaannya dalam senarai syarikat yang dikenakan peraturan yang lebih sukar di Kesatuan Eropah.
Amazon tambah pelaburan berjumlah US$15 bilion di India
Gergasi e-dagang Amazon pada Sabtu mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak US$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada US$26 bilion, lapor Xinhua.