Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) merayu semua pihak membantu menyumbangkan dana bagi menangani krisis kewangan luar jangka agensi tersebut.

Situasi itu susulan pembatalan dana dari Amerika Syarikat.

Keputusan itu dibuat setelah Palestin didakwa tidak mahu bekerjasama dan menyokong proses rundingan damai bersama Israel.

Ketua pesuruhaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, pihaknya memerlukan RM829.86 juta (AS$200 juta) untuk menampung defisit pada tahun ini selain menyifatkan ia krisis terburuk dilalui agensi berkenaan.

Mengikut rekod Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar dengan jumlah RM1.45 bilion (AS$350 juta) pada tahun lalu.

Krahenbuhl berkata, untuk menampung kekurangan itu setakat ini negara-negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar masing-masing berjanji akan menyumbang RM207.47 Juta
(AS$50 juta).