PEMIMPIN spiritual Tibet, Dalai Lama telah dimasukkan ke hospital di ibu kota India, Delhi akibat jangkitan pada dada, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Setiausaha peribadi beliau, Tenzin Taklha berkata, Dalai Lama telah diterbangkan ke Dehli selepas mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada.

Pemimpin berusia 83 tahun itu melarikan diri ke India 60 tahun dahulu selepas pemberontakan ke atas kerajaan China gagal ditumpaskan tentera.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu sering dijemput untuk memberi ucapan di seluruh dunia namun telah menolak banyak jemputan sejak kebelakangan ini.

"Para doktor memberi tahu beliau mengidap jangkitan pada dada dan sedang menjalani rawatan. Keadaannya ketika ini adalah stabil namun akan menerima rawata selama tiga hari lagi," kata Tenzin memetik laporan agensi berita Reuters.

China menguasai Tibet pada 1950 dan menganggap Dalai Lama sebagai ketua gerakan pemisah yang sangat bahaya.

Siapa yang bakal menggantikan Dalai Lama selepas beliau meninggal dunia masih tidak diketahui.

Pemimpin China berkata mereka berhak memilih pengganti beliau namun bulan lepas Dalai Lama mengulangi pendiriannya bahawa sesiapa yang dipilih oleh China tidak akan diterima oleh penduduk Tibet.

Menurut kepercayaan penganut agama Buddha di Tibet, roh lama itu akan dijelmakan semula di dalam badan seorang kanak-kanak.