Scotland buat pertama kalinya tidak melaporkan kes korban akibat COVID-19 pada Ahad sejak langkah pencegahan bagi mengekang wabak itu dilaksanakan.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kesihatan dan Sukan, Jeane Freeman yang turut menyatakan terdapat 18 kes baharu di negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Bagaimanapun, Freeman memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil angka itu sebagai peringatan kerana terdapat kelewatan dalam mencatatkan data kematian pada hujung minggu lepas.

Beliau berkata masih terdapat kemungkinan angka kematian akibat virus itu akan direkodkan pada hari-hari berikutnya.

Scotland juga menggesa orang ramai untuk kekal di rumah, bertentangan dengan saranan kerajaan United Kingdom (UK) yang telah secara perlahan-lahan melonggarkan sekatan di England.