Thailand merancang untuk memendekkan tempoh perintah berkurung lima jam pada waktu malam yang berlangsung ketika ini di negara itu dari 11 malam hingga 4 pagi selama sejam di bawah fasa ketiga pelonggaran sekatan bermula 1 Jun ini.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) Jeneral Somsak Rungsita tidak menyatakan sama ada tempoh perintah itu akan bermula sejam lebih lewat atau berakhir sejam lebih awal.
"Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) esok (Jumaat) untuk membincangkan langkah menarik balik sekatan dan membuka semula lebih banyak perniagaan serta waktu perintah berkurung," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Somsak berkata perniagaan dan venue yang dijangka beroperasi semula pada Isnin termasuk pusat urut dan pawagam di pusat membeli-belah.
Thailand mengisytiharkan perintah darurat pada 26 Mac hingga 30 April susulan pandemik COVID-19, mengenakan sekatan dan bertindak menutup sekolah, pusat hiburan, stadium sukan, melarang perjalanan antarabangsa dan antara wilayah.
Pada 3 April, negara itu turut mengenakan perintah berkurung pada waktu malam sebagai langkah tambahan bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Perintah darurat di Thailand telah dilanjutkan sehingga 31 Mei dan kemudian sehingga 30 Jun bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19 di negara itu.
Negara itu memperkenalkan fasa pertama pelonggaran sekatan pada 3 Mei dengan membuka semula enam jenis perniagaan dan venue diikuti fasa kedua yang bermula pada 17 Mei.
Sementara itu, jurucakap CCSA Thaweesilp Wissanuyothin berkata Thailand mencatatkan 11 kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,065 kes dengan 57 kematian.
Beliau berkata kesemua kes baharu membabitkan rakyat Thailand berusia lingkungan 27 hingga 52 tahun yang kembali dari luar negara iaitu empat dari Kuwait, enam dari Qatar serta seorang dari India dan mereka kini menjalani kuarantin selama 14 hari di sebuah kemudahan milik negara itu.
Setakat ini, sebanyak 2,945 kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital sementara 64 lagi masih menerima rawatan.
"Daripada sejumlah 3,065 kes, sebanyak 2,444 kes atau 79.74 peratus adalah kes jangkitan tempatan manakala 621 kes atau 20.26 peratus adalah kes import," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020
Perintah darurat di Thailand telah dilanjutkan sehingga 31 Mei dan kemudian sehingga 30 Jun bagi mengelak gelombang kedua wabak COVID-19 di negara itu. REUTERS/Gambar fail
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
COVID-19: Sekatan di Guangzhou dilonggarkan
Kelonggaran bermula Rabu lepas memberi kelegaan buat 1.8 juta penduduk di daerah itu yang menyaksikan mereka terkurung sejak awal Oktober.
Semua tadika dan taska beroperasi sepenuhnya Januari depan
Ketika ini 10,301 kelas Tadika dan 544 kelas Taska itu, beroperasi mengikut fasa dalam PPN.
Kerajaan pertimbang benar kilang beroperasi jika 80 peratus pekerja lengkap 2 dos vaksin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.
COVID-19: Thailand rancang pendekkan tempoh perintah berkurung sebelah malam selama sejam
Somsak berkata perniagaan dan venue yang dijangka beroperasi semula pada Isnin termasuk pusat urut dan pawagam di pusat membeli-belah.
AirAsia teliti tempahan Airbus, tiada pesawat baharu tahun ini
Kamarudin berkata keputusan itu memberi lebih banyak ruang untuk kumpulan tersebut menumpukan aspek pertumbuhan berbanding pemilikan pesawat pada Rabu.
Keputusan MKN benarkan beberapa sektor tingkatkan kapasiti operasi tepat pada masanya - AmCham
Keputusan itu akan memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan yang sangat penting dalam membangun kembali ekonomi negara.
India benarkan premis perniagaan di kawasan kejiranan beroperasi
Kedai runcit boleh beroperasi tetapi dengan jumlah pekerja yang dikurangkan 50 peratus.
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka beroperasi semula Oktober ini
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu.