Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui mengambil ubat malaria untuk mengurangkan simptom sekiranya dijangkiti koronavirus.

Menurut Trump, dia mengambil ubat malaria dan makanan tambahan lain untuk tempoh lebih seminggu.

Tegasnya, ubat itu dibekalkan pakar perubatan White House.

Banyak faedah yang diperoleh daripada ubat ini. Anda pasti terkejut apabila mengetahui berapa ramai yang mengambil ubat ini, khususnya petugas barisan hadapan.

"Ramai yang mengambil ubat ini, termasuk saya,” katanya.

Trump sudah beberapa minggu cuba mempertahankan ubat malaria sebagai penawar COVID-19.

Namun, pendapat itu sebenarnya ditolak pakar perubatan.

Ubat malaria sebaliknya berpotensi menyebabkan kesan sampingan yang lain.

Ia juga belum terbukti secara saintifik untuk merawat COVID-19.