Seorang pelancong China dilaporkan meninggal dunia di Perancis selepas dijangkiti COVID-19, sekali gus menjadi kes kematian pertama akibat virus itu di luar Asia.

Mangsa adalah wanita berusia 80 tahun dari wilayah Hubei, China, menurut Menteri Kesihatan Perancis, Agnès Buzyn.

Perancis yang setakat ini mencatat 11 kes positif, merupakan salah satu daripada lapan negara Eropah yang yang mempunyai pesakit positif COVID-19.

Setakat petang ini, sejumlah 67,185 disahkan positif virus itu, dengan 1,527 kematian direkodkan di lima negara iaitu China, Jepun, Hong Kong, Filipina dan terbaharu, Perancis.