KES jangkitan baharu COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 250,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global kini mencecah angka 26,980,731 kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6,274,388 kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 4,123,000 kes manakala India merekodkan 4,113,811 kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta dengan 1,022,228 kes.

Sementara itu, Peru, Afrika Selatan, Colombia dan Mexico melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Perancis, Bangladesh dan Arab Saudi.

Enam negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Sepanyol, Chile, Argentina, Iran, United Kingdom, Perancis, Arab Saudi dan Bangladesh.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Jerman, Iraq dan Filipina.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Indonesia, Kanada, Qatar, Ukraine, Bolivia, Ecuador dan Kazakhstan.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.