JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 32,406,883.

Ini berikutan lebih 380,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5.81 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.65 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.13 juta kes.

Sementara itu Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Iraq, Arab Saudi, Turki, Pakistan dan Itali.

Manakala 18 negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Filipina, Jerman, Indonesia, Ukraine, Kanada, Bolivia, Ecuador dan Qatar.

Ini termasuk Romania, Magribi, Belanda, Republic Dominican, Belgium, Panama, Kazakhstan, Mesir dan Kuwait.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.