JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 31.2 juta.

Ini berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.84 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5.5 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.54 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka sejuta.

Sementara itu, Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Perancis, Chile, Iran United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan dan Turki.

Negara yang merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Itali Filipina Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador Kazakstan, Romania, Panama dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu, statistik Johns Hopkins University menunjukkan, angka kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 962,000 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 199,000 kes dan diikuti Brazil dengan 136,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 87,000 dan 73,000 angka korban sementara United Kingdom pula mencatat 41,000 kes .

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes manakala Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 23,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.