JEPUN meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir untuk merawat pesakit positif COVID-19.

Ini menjadikan Jepun negara kedua mengambil langkah sedemikian selepas Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun memaklumkan, kelulusan itu dibuat di bawah langkah-langkah khas.

Ia akan digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 dengan simptom serius.

Sebelum ini, AS meluluskan penggunaan remdesivir selepas kejayaan ujian klinikal.

Ia memendekkan tempoh pemulihan pesakit dari purata 15 hari kepada 11 hari.

Remdesivir dihasilkan syarikat biofarmaseutikal AS, Gilead Sciences Inc., asalnya untuk merawat ebola.

27 April lalu, Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, Jepun dijangka meluluskan penggunaan ubat tersebut untuk merawat pesakit koronavirus pada Mei.