India merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi pada Rabu dengan 15,968 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu sebanyak 455,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan India, sejak 24 jam lalu juga, 465 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu sebanyak 14,476 kes.

Walaupun masih menunjukkan peningkatan mendadak, negara itu juga merekodkan prestasi baik bagi kes pulih dengan 56.38 peratus.

Antara daerah yang mencatatkan kes tertinggi di negara itu adalah Maharashtra, New Delhi dan Tamil Nadu.

Susulan peningkatan mendadak itu, Timbalan Ketua Menteri New Delhi, Manish Sisodia, percaya ia antara lain berpunca daripada jangkitan yang berlaku di rumah atau pusat isolasi.

Jelasnya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana akan menimbulkan keresahan terhadap rakyat di negara itu.