ANGKA kematian yang berpunca daripada wabak koronavirus COVID-19 meningkat selepas 93 lagi mangsa dilapor terkorban di wilayah Hubei, China.

Sebanyak 1,800 angka korban dicatatkan di seluruh dunia pada Selasa dan manakala jumlah kes baharu jangkitan virus berkenaan naik kepada 1,807 kes.

Kes kematian terbaharu itu menjadikan angka korban di wilayah Hubei kepada 1,789 pada Isnin, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu di laman webnya hari ini.

Jumlah kes positif di wilayah Hubei yang mempunyai populasi seramai 11 juta penduduk itu meningkat sehingga 59,989 setakat ini.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan COVID-19 sebagai wabak yang ‘kurang membunuh’ jika dibandingkan dengan kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 18 tahun lalu.

BACA: Taiwan rekod kematian pertama akibat COVID-19

BACA: COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam