China melaporkan 42 kes koronavirus baharu pada Jumaat, termasuk 38 kes melibatkan pelancong dari luar negara.

Ia sekali gus mencatat penurunan dari 63 kes sehari sebelumnya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dalam satu kenyataan menjelaskan 47 kes baharu koronavirus yang tidak dilaporkan di China juga mencatat penurunan berbanding 61 kes pada hari sebelumnya.

Jumlah jangkitan di tanah besar China kini berjumlah 81,907, manakala angka kematian naik satu kepada 3,336.

China sebelum ini dikatakan tidak telus dalam berkongsi perkembangan sebenar koronavirus sehingga menjadi kemarahan berikutan virus itu merebak dengan cepat ke seluruh dunia.

Wabak yang berpunca dari Wuhan di wilayah Hubei pada penghujung tahun lalu menyebabkan ramai penduduk dijangkiti virus tersebut.

Pada Selasa, pihak berkuasa negara itu mengumumkan di 45 kawasan penempatan penduduk di Wuhan bebas wabak tersebut.