WALAUPUN tiada kes wabak baharu COVID-19 dilaporkan melibatkan San Francisco, pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan darurat di daerah itu sebagai langkah berwaspada.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), tindakan terhadap bandar keempat terbesar di California itu dibuat selepas melihat penularan wabak di beberapa buah negara lain.

“Belum ada kes positif yang disahkan setakat ini, tetapi melihatkan situasi penularan global kini yang semakin meningkat, kita perlu bersedia lebih awal,” kata agensi itu menerusi satu kenyataan yang dibuat pada Selasa.

Untuk rekod, dalam 14 kes melibatkan AS, kebanyakan kes membabitkan sejarah perjalanan dan dua daripadanya pula dipercayai telah berjangkit melalui manusia ke manusia, iaitu pasangan suami isteri selepas salah seorang dari mereka pulang dari China.

BACA: AS catat kes ke-14 positif COVID-19

Ia juga termasuk 39 kes rakyatnya dikuarantin melibatkan kapal persiaran Diamond Princess di pelabuhan Jepun.