ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian di seluruh dunia meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melepasi 967,197 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 200,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 137,000 kes manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 88,000 dan 73,000 angka korban.

United Kingdom dalam pada itu mencatatkan hampir 42,000 kes.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 24,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.