ANGKA kematian akibat COVID-19 di peringkat global meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Jumlah kumulatif kematian di seluruh dunia terkini adalah sebanyak 567,101 kes, menurut statistik Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 135,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 71,000 dan 44,000 kematian.

Itali dan Mexico masing-masing mencatat angka kematian sekitar 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 30,000 dan 28,000 kes kematian COVID-19.

India menjadi negara tertinggi di Asia yang mencatat kes kematian dengan lebih 22,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 12,000 kes.