ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat di seluruh dunia dengan jumlah kumulatif kini melepasi angka 500,000.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, angka korban akibat COVID-19 di peringkat global kini mencecah 523,898 kes setakat Sabtu.

Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 129,000, diikuti Brazil dan United Kingdom dengan masing-masing merekodkan 61,000 dan 44,000 kematian.

Brazil, negara dengan penduduk berjumlah 210 juta orang, menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak di Amerika Selatan.

Angka itu diikut rapat oleh Itali pula yang merekodkan lebih 34,000 kematian.

Dalam pada itu, Perancis dan Mexico masing-masing mencatatkan 29,000 kematian manakala Sepanyol (28,000 kes).

India, yang mempunyai negara populasi penduduk terbesar selepas China pula menyaksikan 18,000 kematian.