ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencecah 13.17 juta kes, pada Rabu.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 170,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.4 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 1.9 juta kes.

India dan Russia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 906,000 dan 738,000 kes.

Peru, Chile dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 positif.

10 negara merekodkan jumlah kes positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Jerman.

Lima lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Bangladesh, Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 bawah 85,000 kes.