Amerika Syarikat (AS) dan China memeterai perjanjian bagi mengurangkan ketegangan perang perdagangan.

Menurut Presiden AS Donald Trump, perjanjian itu akan menjadi pengubah ekonomi Amerika.

"Ini adalah perjanjian bersejarah buat Amerika Syarikat dan kedua-dua negara dan ia akan membuka jalan kepada keamanan.

"China membantu kami dengan Korea Utara. China juga membantu dengan banyak perkara lain. China juga mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Kim Jong Un.

"Ini adalah situasi yang sangat baik pernah saya saksikan," kata Trump.

China, dalam pada itu, menyifatkan persetujuan yang dimeterai sebagai situasi menang-menang, sekali gus memperbaik hubungan di antara dua negara.

Ia juga berikrar untuk melonjak import Amerika kepada US$200 bilion dan memperkukuhkan peraturan harta intelek.

Sebagai pertukaran, AS setuju menamatkan beberapa tarif baharu yang dikenakan ke atas produk China.

Washington dan Beijing terlibat dalam pertikaian perdagangan sejak 2018 menyaksikan beberapa cukai import melibatkan nilai lebih US$450 bilion dikenakan ke atas produk kedua-dua negara.