DI Indonesia --- ekonomi terbesar Asia Tenggara dengan kekuatan 265 juta penduduk --- Facebook sedang menghadapi suatu penghujung hayat yang tidak dijangka. Setelah 12 tahun pertubuhan global berdaya tinggi, juara permodalan pasaran USD414 bilion dan fenomena berasaskan kampus itu telah menjadi media sosial pilihan utama bagi orang "tua".

Malah, ia kelihatan telah kehilangan tarikannya dengan demografi terasnya: orang muda, berpendidikan dan bergerak naik. Hakikatnya, banyak pengguna lebih muda telah menghentikan menggunakannya.

Sebabnya?

Mudah saja. "Budak-budak" itu nampaknya melihat Facebook sebagai berat dan ketinggalan zaman. Algorithmanya meletihkan dan mengutamakan keluarga serta kawan-kawan daripada kandungan yang lebih menarik.

Tentunya masih terdapat pasaran di mana Facebook kekal dominan. Di Myanmar, kira-kira 91 peratus pengguna internet sering menggunakan tapak itu. Sama ada tahap penetrasi ini boleh kekal dengan pengguna di Yangon, Mandalay dan di tempat-tempat lain apabila menjadi lebih sofistikated, ia adalah suatu perkara lain.

Di tempat lain, masalah-masalah Facebook yang banyak dihebahkan dengan keselamatan data dan suara-suara kebencian telah tidak membantu, tetapi di banyak tempat di ASEAN, keprihatinan seumpama itu kurang kelihatan. Pengguna-pengguna di Jakarta atau Kuala Lumpur kurang mengetahui mengenai tuduhan-tuduhan terhadap Sheryl Sandberg yang terkenal dengan konsep "lean in." Kita sudah biasa dengan hipokrit hinggakan kita tidak perasan dengan peristiwa itu.

Masalah sebenar Facebook bagaimanapun adalah, ia kini MEMBOSANKAN.

President dan CEO LINE, Takeshi Idezawa, berkata pengguna di Indonesia berjumlah lebih 30 juta - angka terbesar di luar Jepun. Foto Phys.org

Dengan dinosaur seperti Myspace, Bebo dan Friendster yang sudah dihumban ke pusara digital, mungkinkah ia merupakan permulaan kepada berakhirnya Facebook?

Ketika saya duduk untuk makan tengah hari Disember tahun lalu bersama sekumpulan pelajar-pelajar kolej dari salah sebuah institusi pengajian tinggi perdana Republik itu, Universiti Gadjah Mada di ibu kota budaya Yogyakarta, pandangan-pandangan mereka terhadap syarikat perintis Mark Zuckerberg, yang kini berubah menjadi simbol gaya hidup adalah jelas.

Rully Satria, seorang pelajar kolej berusia 20 tahun dari Padang menganggap Facebook sebagai suatu yang telah ketinggalan zaman: "Saya tidak menggunakannya untuk beberapa waktu. Pada masa saya menggunakannya -- yang jarang-jarang brlaku. --- saya menggunakannya untuk melihat keadaan sanak saudara keluarga saya."

Laporan yang mengaitkan cetusan idea Zuckerberg (gambar) ini dengan kontroversi Cambridge Analytica telah menjejaskan imej mereka di mata awam. - Foto Getty Images

Mereka yang berusia dari 19 hingga ke 34 tahun terdiri daripada 50 peratus daripafa kesemua pelayar web di Indonesia. Kebanyakan milenial, seperti Rudy, telah membesar bersama Internet. Bagaimanapun, dalam 2018, pengguna Facebook baharu terbesar adalah berusia antara 45 hingga 55 tahun. Malah ia sudah menjadi wilayah ibu bapa dan datuk nenek para milenial.

"Hanya ibu bapa, ibu dan bapa saudara saya masih menggunakannya," Rully menambah.

Facebook pada asasnya merupakan sebuah platform tapak web, dibangunkan untuk pengguna komputer meja. Aplikasi media sosial lebih baharu adalah eksklusif untuk telefon pintar, yang memerlukan suatu jenis kemahiran berbeza. Dan, antara muka telefon pintar yang lebih kompleks, menyediakan milenial dengan perlindungan keselamatan.

Sebagai benteng kebebasan bersuara pada suatu ketika, campur tangan kerajaan dan tentera baru-baru ini telah memaksa Facebook untuk akur, dan dengannya menjejaskan hak asasi manusia.

Di Vietnam, sekatan terhadap kandungan antikerajaan yang "toksik" di tapak itu telah meminggirkan para aktivis dan membisukan kebebasan bersuara. Sementara tentera Myanmar, Tatmadaw telah menggunakan akaun palsu Facebook untuk menghasut genosid terhadap Rohingya Muslim.

91 peratus pengguna Internet di Myanmar menggunakan Facebook. Pihak tentera negara itu menggunakan media sosial itu untuk mencetuskan genosid terhadap Muslim Rohingya. Foto Craig Mod, The Atlantic

Pada zaman menuai data massa ini, penyembunyian identiti adalah suatu keutamaan bagi banyak pengguna internet. Laporan menghubungkan Facebook dengan Cambridge Analytica yang kontroversi telah memburukkan imej awam mereka.

Hakikatnya bahawa hasil fikiran Zuckerberg itu diketahui telah menjual maklumat peribadi kepada syarikat-syarikat pengiklan telah menajamkan lagi ketidakpercayaan padanya. Di pihak lain pula, Twitter dan Instagram tidak bergantung padfa maklumat peribadfi, sekaligus memberikan perasaan privasi yang lebih besar.

"Saya tidak mahu mereka mengetahui mengenai kehidupan sosial saya," tambah Rully.

Jadi, ke manakah semua orang akan beralih? Di Indonesia, Instagram, LINE dan Twitter dilihat lebih bergaya dan berjurus. Lagipun, banyak pengguna mendapati algorithma Facebook sebagai rawak dan terputus-putus.

Pelajar universiti, Rully, 20 tahun, jarang-jarang sekali menggunakan Facebook. Katanya, 'saya tak mahu ibu bapa saya tahu tentang kehidupan sosial saya.' - Foto Ceritalah ASEAN

Probo, seorang siswazah baharu, berusia 23 tahun menambah, "Tokoh politik dan selebriti juga lebih aktif di Twitter. Had 140 aksara menyebabkan kiriman lebih mudah dibaca."

LINE, perkhidmatan mesej milik Jepun telah menjadi begitu popular di Thailand. LINE TODAY, platform berita harian membanggakan diri dengan pangkalan pengguna berjumlah lebih 32 juta di negara Asia Tenggara itu saja.

Sebagai perbandingan, program "Literasi Berita" Facebook yang dilancarkan tahun lalu tidak menjanakan banyak keterujaan.

Rully, sebagai contoh beralih ke Instagram untuk mendapatkan berita hariannya, "Tirto.id, Opini.id dan Beritagar menawarkan infografik yang lebih bermaklumat dan menarik bagi saya."

Adryz Ariffin, eksekutif pemasaran media sosial berpangkalan di Asia Tenggara berkata bahawa peralihan dari Facebook tidak mendatangkan kesan serta-merta pada pemasaran digital. Bagi kebanyakan orang Asia Tenggara, ia merupakan titik pertama kontaknya dengan Internet."

Seorang graduan bernama Probo berkata dia lebih menggemari Twitter kerana penggunaan mesej singkat pada 140 aksara pada pandangannya memudahkan orang membacanya. Foto thenextweb.org

Facebook dan Google terus mendominasi pasaran pengiklanan atas talian di Asia Tenggara.

"Indonesia adalah pasaran atas talian terbesar di Asia Tenggara. Vietnam dan Myanmar sedang meningkat' tetapi ia belum kelihatan di atas peta lagi."

Malah Adryz mengakui bahawa beliau telah meninggalkan platform itu dan meramalkan bahawa dalam kira-kira lima tahun, ia tidak akan lagi merupakan nombor satu.

Mungkin apa yang kita lihat bukannya suatu "kematian" Facebook tetapi penurunan kedudukannya.

Ia adalah suatu masa merupakan raja media sosial --- ia adalah SATU-SATUNYA media sosial pada waktu-waktu itu.

Tetapi di kebanyakan Asia Tenggara, ia tidak lagi berkedudukan demikian.

Mampukah seekor anjing tua belajar permainan baharu? Kita perlu tunggu untuk melihatnya.


*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.