Ahli Parlimen Britain mengundi pada Isnin untuk mengambil alih kuasa proses penentuan Brexit daripada Perdana Menteri, Theresa May .

Lapor Reuters, pengambil-alihan ini akan berlangsung untuk tempoh satu hari sahaja bagi membolehkan satu lagi pengundian pada Rabu dijalankan.

Rada Rabu nanti, ahli parlimen akan mengundi beberapa pilihan menentukan hala dan cara proses Brexit yang boleh diterima oleh majoriti ahli parlimen.

Kekalahan terkini yang dialami May memberi petunjuk pengaruh Perdana Menteri semakin lemah dalam proses membawa United Kingdom keluar dari keluarga Eropah.

READ: British lawmakers vote to seize control of Brexit for a day