PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dan pasangannya, Carrie Symonds menimang cahaya pertama mereka.

Kenyataan rasmi oleh pejabat Johnson pada Rabu memaklumkan, Symonds melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di London pada rabu pagi.

Tambahnya lagi, keadaan ibu dan bayi sulung pasangan itu kini dalam keadaan stabil.

Februari lalu, pasangan tersebut mengumumkan kehamilan Symonds.

Dalam perkembangan berkaitan, Johnson kembali bekerja pada Isnin selepas dikuarantin dan dirawat akibat COVID-19.

BACA: COVID-19: Boris Johnson beri penghormatan kepada petugas barisan hadapan