Kakitangan kanan White House untuk dagangan dan sektor pembuatan, Peter Navarro menyifatkan dakwaan dalam buku John Bolton sebagai satu balas dendam.

Menurut Navarro, Bolton sewaktu 17 bulan berkhidmat sebagai penasihat keselamatan langsung tidak mengambil tahu tentang polisi China.

Navarro mendakwa pendedahan Bolton melalui bukunya itu bertujuan mendapatkan wang.

“Bolton lakukan semua ini kerana wang.

"Ini jelas, apa yang dilakukannya adalah balas dendam.

“Dia dipecat kerana tidak mengikut arahan kerana pandangannya berbeza dengan pandangan Presiden AS, Donald Trump berkenaan urusan antarabangsa.

“Bolton melanggar tradisi dengan menerbitkan buku itu dan dia buat duit yang banyak,” katanya.

Dalam bukunya, Bolton antara lain mendakwa Trump merayu kepada Presiden China, Xi Jinping ketika sidang kemuncak G-20 di Osaka pada 2019 agar China membantunya untuk menang dalam Pilihanraya Presiden AS, November ini.

Bolton turut mendakwa Trump dipengaruhi sentimen politik ketika mengambil keputusan berkenaan keselamatan dalam negara.

Navarro menegaskan semuanya tidak benar dan menyatakan Bolton tidak menceritakan bagaimana Trump memberi amaran kepada China di sidang G20 di Osaka.

Amaran itu diberi agar China menghentikan pencurian maklumat risikan AS, menghentikan manipulasi mata wang dan pemindahan teknologi paksaan atau berdepan dengan tarif dari Washington.

Dalam masa yang sama, Navarro turut menegaskan yang pentadbiran Trump telah mengecam pelbagai tindakan China termasuk kem tahanan di Shenzen, menghapuskan demokrasi Hong Kong dan kehadiran tentera China di Laut china Selatan.