Seorang pengantin lelaki yang juga peminat tegar permainan atas talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dirakam tidak mengendahkan majlis perkahwinannya sendiri akibat terlalu leka bermain permainan tersebut di telefon bimbitnya.

Dalam sebuah video yang tular di India, pengantin lelaki yang leka bermain PUBG itu langsung tidak menghiraukan isterinya yang sedang termenung melihatkan kelakuannya.

Alunan muzik yang berkumandang pada majlis perkahwinan itu juga tidak mampu menggugat perhatian pengantin lelaki berkenaan terhadap permainan itu.

Rata-rata netizen memberi komen bahawa perbuatan lelaki itu agak keterlaluan namun ada juga yang meragui keaslian video tersebut dengan mengatakan ia sekadar lakonan untuk dijadikan video TikTok. - Agensi