HUBUNGAN yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para pengikut kerabat diraja Britain.

Adik kepada pewaris kedua takhta Britain bakal melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Meghan Markle pada musim bunga 2018.

Namun, tahukah anda fakta menarik kedua-dua pasangan ini?


Antara tujuh fakta menarik mengenai kedua-dua pasangan sejoli ini adalah:
  1. Meghan yang dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, Amerika Syarikat mempunyai darah kacukan. Ibunya berkacukan Afrika-Amerika, bapanya pula kacukan Belanda-Ireland.
  2. Tambahan itu, Meghan merupakan warga Amerika pertama yang akan berkahwin dengan keluarga diraja Britain sejak 1937 selepas Raja Edward VIII berkahwin dengan sosialit Amerika, Wallis Simpson.
  3. Meghan dan Harry telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan sebelum mengikat tali pertunangan. Ia dikatakan hubungan yang berkembang dengan cepat berbanding Putera William dan Kate Middleton yang memulakan hubungan pada tahun 2003 dan berkahwin pada tahun 2011.

    Meghan dan Harry telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan sebelum mengikat tali pertunangan.
  4. Walaupun Meghan akan berkahwin bersama Putera Harry, panggilan Puteri dikhuatiri tidak akan digunakan olehnya. Ini kerana sesetengah pihak mendakwa dia adalah warganegara Amerika dan protokol menyatakan seseorang itu perlu menetap di United Kingdom selama lima tahun bagi mendapatkan warga negara Britain.
  5. Antara lain yang menarik adalah, cincin pertunangan Meghan yang bertatahkan tiga berlian telah direka khas oleh Putera Harry. Dua berlian tersebut adalah milik Puteri Diana. Satu yang lain adalah dari Botswana, Afrika (dibeli semasa mereka berdua bercuti di sana).

    Cincin pertunanangan Meghan yang bertatahkan tiga berlian telah direka khas oleh Putera Harry.
  6. Selain itu, Meghan pernah berkahwin sebelum ini bersama pelakon dan produser Trevor Engelson pada 2011 dan bercerai pada tahun 2013.
  7. Meghan akan melepaskan watak Rachel Zane yang dipegangnya selama tujuh musim dalam drama bersiri Suits.