ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Julai 2020.

1) COVID-19: Singapura sahkan 347 kes baru, tujuh dalam komuniti

Singapura dalam laporan awalnya mengesahkan 347 kes jangkitan COVID-19 dengan tujuh kes berlaku dalam komuniti.

2) Kes positif COVID-19 di Indonesia 78,572, kes kematian 3,710 orang

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 78,572 kes, susulan penambahan 1,591 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

3) Vietnam kini hanya ada 16 kes positif COVID-19

Vietnam hanya mempunyai 16 kes positif COVID-19 pada 6 petang 13 Julai, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

4) Brazil lapor hampir 1.9 juta kes COVID-19

Brazil pada Isnin melaporkan sebanyak 1,884,967 kes positif COVID-19 dan wabak itu kini sudah meragut hampir 72,883 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

5) Polis sahkan penemuan mayat Naya Rivera

MAYAT bintang Glee, Naya Rivera yang hilang di Tasik Piru, Los Angeles ditemui pada Isnin. Perkara itu disahkan Sheriff Ventura, Bill Ayub pada satu sidang media.

6) Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua

Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua 2020 berikutan langkah-langkah Pemutus Litar (CB) dan permintaan luaran yang lemah dalam persekitaran ekonomi global yang merosot disebabkan pandemik COVID-19.

7) Thailand cadang naik taraf infrastruktur di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao

Menaik taraf kemudahan logistik dan infrastruktur di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao penting untuk meningkatkan perdagangan dua hala dan hubungan antara dua negara, kata Duta Thailand ke Malaysia Narong Sasitorn.

8) 11 perisik terbunuh, 63 cedera serangan di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 11 anggota agensi perisikan Afghanistan maut pada Isnin dalam serangan yang dilancarkan pemberontak Taliban di Aybak, ibu kota wilayah Samangan.

9) Okinawa tuntut perketatkan langkah pencegahan di pangkalan AS

Menteri Pertahanan Jepun mengesan pelbagai masalah wujud di pangkalan Tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu dalam usaha pencegahan awal penularan COVID-19.

10) Philippines to use police in house-to-house searches for COVID-19 cases

Philippine authorities and police will carry out house-to-house searches for COVID-19 patients to prevent wider transmission, a minister said on Tuesday, amid soaring death and infection numbers and some areas returning to a stricter lockdown.