ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 25 Jun 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 113 kes baharu, lima kes dalam komuniti

Singapura melaporkan 113 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, dengan lima daripadanya adalah kes dalam komuniti.

2) COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 50,000

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 50,000, iaitu tambahan 1,178 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

3) Virus-free Vietnam not ready to open doors to foreign tourists yet - PM

Despite successfully containing its COVID-19 outbreak, Vietnam has no plans to open up to international tourists yet over fears that doing so could lead to a second wave of infections, the Southeast Asian country's prime minister said on Wednesday.

4) Social taboos hinder Indonesia's fight against coronavirus

Indonesian authorities complained on Wednesday that hundreds of people had refused testing for the new coronavirus as social taboos emerge as another obstacle to stopping its spread in the world’s fourth-most populous nation.

5) Australia posts biggest one-day rise in coronavirus cases in two months

Australia's second most populous state is deploying ambulances and mobile test centres in a coronavirus testing blitz, and will use the military in quarantine operations, as the country recorded the biggest daily rise in cases in two months.

6) COVID-19: Arizona kembali catat kes baharu mendadak

Pakar kesihatan awam Pheonix Arizona di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran, bandar itu kini sedang berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19.

7) COVID-19: Penularan berulang di AS tanpa vaksin dan rawatan - PAHO

Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa tanpa vaksin atau rawatan COVID-19, benua Amerika akan mengalami jangkitan berulang bagi tempoh dua tahun akan datang.

8) COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu di AS, pasaran saham ditutup rendah

Pasaran saham di Wall Street ditutup rendah selepas kes baru COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan tertinggi sehari dalam dua bulan.

9) COVID-19: WHO jangka kes cecah 10 juta minggu hadapan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penyelidikan vaksin pandemik mesti diteruskan selain usaha rawatan terapi bagi mereka yang menderita akibat virus itu.

10) COVID-19: Afrika Selatan mula ujian percubaan vaksin

Ujian percubaan vaksin yang dibangunkan Universiti Oxford sedang dijalankan di Afrika Selatan, Britain dan Brazil. Afrika Selatan merekodkan hampir satu pertiga daripada kes yang disahkan di Afrika, dengan lebih 106,000 kes termasuk 2,100 kematian.