Kerajaan China menggesa semua pihak supaya bertenang dan berusaha mengurangkan ketegangan di Korea Utara.

Ini selepas Pyongyang membuat pengisytiharan perang susulan daripada sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Pyongyang, sekatan terbaru PBB itu yang mengehadkan import dan eksport, termasuk bahan bakar, turut mencabul kedaulatannya.

Beijing menggesa semua pihak untuk bertenang bagi mengurangkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Kementerian Luar China turut menggesa semua pihak untuk melaksanakan sekatan terkini PBB dalam cara yang komprehensif dan seimbang.

PBB mengenakan sekatan berkenaan selepas siri ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara yang dilaporkan mampu sampai ke Amerika Syarikat.