KERAJAAN Mexico bercadang untuk melelong sebuah banglo milik usahawan warga Mexico - China atas tuduhan terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Kerajaan Persekutuan Mexico dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, lelongan banglo berkenaan akan diadakan pada 11 Ogos ini.

Nilai banglo berkenaan sebanyak AS$5 juta itu merupakan milik suspek pengedar dadah, Zhenli Ye Gon.

Banglo berkenaan terletak di kawasan kejiranan Las Lomas De Chapul-Te-Pec yang dilengkapi dengan kolam renang, lif serta ruang untuk mengadakan majlis keraian.

Sebelum ini, pada 2007, pihak berkuasa merampas lebih AS$205 juta dari banglo berkenaan.

Dalam responnya pada 12 pertuduhan ke atasnya, Ye Gon mendakwa, dia mengimport bahan kimia untuk digunakan dalam ubat preskripsi secara sah.