Seorang lelaki bertindak membunuh lima anaknya sebelum mengebumikan mereka di lokasi lebih 1,000 kilometer dari kediaman mereka.

Dalam kejadian di North Carolina, Timothy Jones, 37, bertindak mencekik empat anaknya yang berusia 2 hingga 8 tahun, manakala anak bongsunya yang berusia 1 tahun pula dipukul hingga mati.

Timothy kemudian menyumbat mayat kelima-lima anaknya -- Merah, 8; Elias, 7; Nathan, 6; Gabriel, 2; dan Elaine, 1 -- dalam beg plastik dan menguburkan mereka di lereng bukit berhampiran Camden, Alabama selepas memandu selama seminggu merentas negara.

Suspek walau bagaimanapun ditahan di Mississippi selepas anggota polis terhidu bau busuk selain menjumpai baju kanak-kanak, berenga serta darah di dalam keretanya.

Dalam perbicaraannya yang berlangsung pada Selasa, mahkamah diberitahu bahawa Timothy merupakan bekas jurutera komputer yang mungkin bertindak sedemikian di bawah pengaruh dadah sintetik.

Tertuduh sebelum ini diberikan hak penjagaan anak-anaknya selepas perkahwinannya gagal.

Timothy mungkin berdepan hukuman mati dalam perbicaraan kes bunuh yang dijadual bermula pada Isnin.