Australia mengumumkan pengunduran pasukan tenteranya yang terlibat dalam operasi menetang militan Daish yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria.

Menteri Pertahanan Australia Marise Ann Payne mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media khas yang diadakan pada Jumaat.

Jelas Payne, sepasukan tentera udara dan enam buah pesawat pejuang Super Hornet akan kembali ke Australia dalam masa terdekat.

"Angkatan tentera kami telah memberikan sumbangan yang amat penting kepada tentera pakatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat.

"Kami telah memberikan kerjasama tidak hanya dalam operasi udara tetapi juga dalam perkongsian maklumat dan operasi di darat.

"Pertempuran di Hawija, Iraq pada Oktober lalu merupakan kejayaan yang disumbang pasukan tentera kami dan ia berakhir hari ini." jelasya.

Tambahnya penamatan operasi itu juga susulan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi awal bulan ini.

Pada pertemuan tersebut Iraq mengisytiharkan negara itu bebas militan Daish dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan negara dunia.

Tambah Payne, Australia tidak akan berhenti begitu sahaja dalam operasi menentang pengganas sebaliknya komited menyambung usaha dan sokongan kepada negara rantau itu melalui 80 operasi khas yang dibentuk khusus menentang pengganas.