Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di pulau La Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.

“Kami berkeyakinan tinggi bahawa sisa yang ditemui adalah dari pesawat MH370,” kata Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, kepada AFP.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak Perancis dan Malaysia untuk menganalisis kesemua maklumat, namun tiada lagi apa-apa keputusan muktamad dan kami berharap dalam sedikit masa lagi, kami boleh mendapat keputusannya dalam masa 24 jam,” kata Dolan.

Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.