Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak memahami situasi mengerikan yang berlaku di Rakhine, ujar Setiausaha Luar British, Boris Johson selepas melawat perkampungan yang dibakar di negeri tu.

Johson bagaimanapun masih percaya, Suu Kyi masih boleh membuat perubahan dan perbezaan kepada kaum etnik itu sekiranya beliau menunjukkan kesediaan untuk membantu mereka.

"Secara jujur, saya tidak pasti dia (Suu Kyi) benar-benar memahami apa yang telah berlaku di sini (Rakhine).

"Saya tidak fikir dia menaiki helikopter untuk melihat apa yang kita lihat hari ini, dan apa yang saya cuba sampaikan adalah pentingnya kepimpinannya dan saya percaya dia mampu untuk lakukan perkara yang luar biasa. Saya sangat sedih melihat apa yang berlaku di Myanmar sekarang," kata Johson.

Katanya, untuk merealisasikan perkara itu, ikon demokrasi itu perlu dibantu oleh agensi-agensi dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa pulang kembali hampir 700,00 pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh.

Johnson pada masa sama menggambarkan, penduduk di Rakhine hidup dalam ketakutan dengan keganasan yang berlaku dan dilakukan kepada mereka.

"Saya fikir perkara utama adalah bahawa penduduk kampung masih begitu ketakutan dan mereka tidak dapat mengatakan siapa yang telah membakar rumah mereka sendiri.

"Tindakan membakar rumah dengan tujuan untuk 'melenyapkan' mereka adalah tidak masuk akal," ujarnya lagi.

Beliau juga menyatakan kebimbangannya, penduduk Rohingya ini tidak akan tinggal di kem-kem baru.

"Itulah sebabnya kita memerlukan agensi antarabangsa, PBB untuk mengawasi dan itu adalah fokus yang saya tekankan kepada Aung San Suu Kyi," tambah Johnson.