Kerajaan Arab Saudi akan merampas harta bernilai lebih daripada AS$100 bilion daripada golongan putera-putra raja, usahawan dan pegawai rasmi negara yang ditahan dalam kes pembanterasan rasuah, ujar Peguam Negara Sheikh Saud Al-Mujib pada Selasa.
Pengumuman itu disifatkan sebagai kemenangan politik bagi Putera Mahkota Mohammed Salman yang melancarkan kempen membanteras tersebut pada November lalu.
Berpuluh-puluh pegawai tertinggi kerajaan dan usahawan telah ditahan dalam operasi berkenaan, dengan ramai antara mereka ditahan dan disiasat di Hotel Ritz-Carlton.
Lebih daripada 100 yang lain dipercayai sudah dibebaskan.
Putera Alwaleed Talal, iaitu bilionair yang memiliki syarikat pelaburan global Kingdom Holding, dan Waleed al-Ibrahim, yang mengawal syarikat penyiaran MBC, telah dibebaskan minggu lalu.
"Penyelesaian kewangan itu dianggarkan mencecah lebih daripada 400 bilion Riyals yang diperoleh dalam pelbagai bentuk aset termasuk hartanah, entiti komersial, jaminan keselamatan, wang tunai dan aset-aset lain,” ujar Sheikh Saud dalam satu kenyataan.
Jumlah besar itu, jika berjaya didapatkan, akan menjadi suntikan kewangan untuk kerajaan, yang kini terjejas akibat kejatuhan harga minyak.
Defisit negara itu pada tahun ini dijangka sekitar 195 bilion Riyal.
Secara keseluruhan, 381 orang telah disapina dalam siasatan kes rasuah itu, dengan sebahagian telah memberi keterangan dan menyerahkan bukti. Sementara itu, 56 orang telah mencapai penyelesaian dan masih dalam tahanan.
Kerajaan Arab Saudi secara amnya tidak mendedahkan butiran dakwaan ke atas para tahanan dan urusan penyelesaian mereka.
Hal itu mengaburkan lagi tentang nilai rasuah sebenar yang disiasat dalam kes tersebut.
Agensi
Wed Jan 31 2018
Hotel Ritz-Carlton di Riyadh menjadi pusat tahanan bagi golongan putera-putera raja, usahawan dan pegawai tertinggi kerajaan yang disiasat dlam kes rasuah. - REUTERS/Faisal Al Nasser
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi.