"Saya meneruskan satu tahun lagi pelan kecemasan kebangsaan berkaitan Korea Utara."

Demikian kenyataan tebaharu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas 10 hari pertemuan dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada 12 Jun lalu.

Deklarasi Presiden itu dihantar ke dewan Kongres pada Jumaat.

Ia adalah bagi menjelaskan mengapa pentadbiran Trump masih mengenakan sekatan ekonomi terhadap Korea Utara yang dimulakan pada era pentadbiran bekas presiden George W. Bush.

"Kewujudan dan risiko percambahan senjata nuklear yang boleh digunakan di Semenanjung Korea dan dasar kerajaan Korea Utara terus menimbulkan ancaman yang luar biasa dan luar biasa terhadap keselamatan negara, dasar luar negeri dan ekonomi Amerika Syarikat.

"Untuk itu saya meneruskan satu tahun lagi pelan kecemasan kebangsaan berkaitan dengan Korea Utara," menurut kenyataan itu.

Kenyataan terbaharu Trump tersebut sedikit bercanggah dengan kenyataan yang dibuat susulan Persidangan Amerika Syarikat- Korea Utara di Singapura pada 12 Jun.

Trump dalam muat naik di laman twitter-nya sehari selepas itu dilihat cuba meyakinkan dunia dengan kenyataan "Tiada lagi ancaman nuklear dari Korea Utara".

Pada sidang kemuncak itu, Kim dan Trump menandatangani ikrar "untuk bekerja ke arah denuklearisasi lengkap Semenanjung Korea".

Selain itu persetujuan menyerahkan senjata atom turut dimetrai Pyongyang dan Amerika Syarikat.

Kenyataan terbaharu itu dilihat pengkiritk antarabangsa sebagai hasil dokumen sidang kemuncak yang tidak rasmi serta tiada perjanjian konkrit hingga membawa kepada perubahan pendirian.

Juga pada Jumaat, Pentagon mengesahkan Washington dan Seoul bersetuju untuk menghentikan dua latihan ketenteraan sebagai sokongan terhadap rundingan diplomatik dengan Korea Utara.

Keputusan itu diikuti dengan pertemuan antara Setiausaha Pertahanan Jim Mattis, Setiausaha Negara Mike Pompeo, Pengerusi Ketua Staf Bersama Joe Dunford, dan Penasihat Keselamatan Negara John Bolton.

"Untuk menyokong pelaksanaan Keputusan Sidang Kemuncak Singapura, dan dalam penyelarasan dengan sekutu Republik Korea kami telah menghentikan latihan tersebut." jelas jurucakap Pentagon Dana White dalam satu kenyataan.