PENDUDUK di Timur Laut Thailand berkabung pada Isnin bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan rambang Sabtu lalu.

Orang ramai meletakkan bunga dan nota terakhir di hadapan sebuah pusat beli-belah, Terminal 21, di mana tercetusnya insiden tersebut.

Dalam kejadian Sabtu lalu pihak berkuasa Thailand mendedahkan, seorang anggota tentera Thailand melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Nakhon Ratchasima sehingga menyebabkan 29 orang terbunuh.

Suspek kemudiannya ditembak mati pasukan keselamatan pada Ahad.

BACA: Amuk askar Thailand: "Insiden seperti ini tidak pernah berlaku!" - PM Thailand

Suspek yang dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, dipercayai bertindak demikian kerana marah terhadap pegawai komandernya tentang isu kewangan.

BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang di Thailand - Duta

BACA: Suspek amuk Thailand ditembak mati