"Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun akan terus dengan misi untuk mengasingkan Korea Utara secara ekonomi dan diplomatik sehingga mereka meninggalkan program peluru berpandu nuklear dan balistik mereka."
Demikian ketegasan yang dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence ketika mengulas bibit-bibit keakraban yang baru bermula antara Seoul dan Pyongyang.
Jelasnya, tiada peluang cerah bagi kedua-dua negara terbabit, khususnya yang melibatkan isu peluru berpandu nuklear dan balistik.
"Tidak akan ada hari yang cerah antara Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selagi misi memberi sepenuhnya tekanan terhadap Korea Utara tidak tercapai," jelasnya sebelum berlepas pulang ke Washington selepas menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik Pyeongchang di Seoul pada Jumaat.
Pada majlis perasmian temasya musim sejuk itu Pence, Kim Yo Jong dan Kim Yong Nam duduk berdekatan antara satu sama lain.
BACA: Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang
BACA: Olimpik Pyeongchang 'kunci' diplomasi Korea Utara-Selatan
Ketika atlet dari Korea Selatan dan Korea Utara berarak bersama di bawah satu bendera semasa majlis pembukaan itu, Pence dilihat terus duduk tanpa sebarang reaksi.
Malah, Pence turut dilapor tidak menyertai makan malam pemimpin negara dunia yang dianjurkan selepas acara terbabit.
Dalam satu tweet yang ditulisnya, beliau menegaskan kembali pandangan skeptikal Amerika Syarikat terhadap langkah perdamaian yang cuba dihulur Korea Utara.
Selepas menyampaikan surat rasmi jemputan perbincangan meja bulat Korea Utara - Korea Selatan kepada Presiden Moon Jae-in, Kim Yo Jong meneruskan pertemuan rasminya bersama Perdana Menteri Lee Nak Yon pada Ahad.
Pertemuan tambah meriah dengan kehadiran beberapa menteri-menteri kabinet Korea Selatan.
Agensi
Sun Feb 11 2018
Mike Pence (kanan, hadapan) menonton acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 bersama antara lain, Moon Jae-in, Kim Yong Nam dan Kim Yo-Jong. REUTERS
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
SPRM, NAZAHA Arab Saudi teroka ruang kerjasama perangi rasuah peringkat global
Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya berharap MoU tersebut dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu lebih tegas perjuang kedaulatan maritim negara
Ketiadaan tindakan konkrit dari Malaysia dalam menghadapi pelanggaran ini memunculkan pertanyaan penting mengenai strategi keamanan maritim.
Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.
Delegasi AS sekali lagi ke Taiwan
Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan dua minggu selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.
COVID-19: Malaysia bakal terima 1 juta dos vaksin sumbangan UAE - Hishammuddin
Sumbangan itu bakal meningkatkan lagi kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit
Najib percaya duit dalam akaunnya datang dari Raja Arab Saudi, bukan SRC International - Peguam
Najib mempunyai kepercayaan wang RM42 juta tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi.
Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.
Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
Keputusan itu diambil selepas Mahkamah Persekutuan tolak rayuan akhir seorang rakyat Korea Utara terhadap perintah ekstradisi ke atasnya.