Sebanyak 99 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di China setakat Sabtu, menyaksikan peningkatan 46 kes berbanding hari sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, 97 kes positif dikesan membabitkan pelancong dari luar negara.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China pada Ahad memaklumkan sebanyak 63 kes baharu yang tidak menunjukkan simptom tidak dilaporkan pada Sabtu, sekali gus menunjukkan peningkatan 29 kes berbanding hari sebelumnya.

Sementara itu, wilayah Hubei yang menjadi lokasi penyebaran pandemik tersebut tidak merekodkan sebarang kematian baharu pada Sabtu.

China setakat ini mencatatkan 82,052 kes positif pandemik COVID-19 dengan 3,339 kematian.