Polis Thailand telah memulakan siasatan ke atas 60 anggota polis dari empat balai polis di Bangkok kerana menerima 'ang pow' daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pemilik premis perjudian.
Komander Divisyen 7 Polis Metropolitan, Mej Jen Boonyarit Rodma mengarahkan siasatan dijalankan selepas satu klip video menunjukkan anggota polis berkenaan menunggu dan berbaris panjang untuk menerima 'ang pow' menjadi tular di laman sosial negara itu.
Menurut media tempatan di sini pada Sabtu, klip video itu telah ditonton lebih 159,000 kali dan dikongsikan lebih 2,200 kali dalam masa hanya 15 jam sejak ia mula tular dalam laman Facebook Jumaat lepas.
Boonyarit berkata kesemua anggota polis terbabit ialah dari balai polis Taling Chan, Thamma Sala, Bang Yikhan dan Bang Saothong dan beliau juga mengarahkan kesemua ketua balai disoal berikutan insiden yang memalukan itu.
Keempat-empat balai polis terbabit juga telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kepada Biro Polis Metropolitan dalam masa satu minggu, kata beliau.
Insiden tersebut berlaku hanya seminggu selepas Timbalan Ketua Polis Nasional negara itu, Jen Chalermkiat Sriworakhan mengeluarkan arahan kepada semua ketua balai polis untuk memastikan anggota bawahan mereka tidak menerima 'ang pow' daripada mana-mana ahli perniagaan Cina.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan tatatertib akan diambil jika mereka mengingkari arahan itu. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 17 2018
Insiden tersebut berlaku hanya seminggu selepas Timbalan Ketua Polis Nasional Thailand mengeluarkan arahan kepada semua ketua balai polis untuk memastikan anggota bawahan mereka tidak menerima 'ang pow' daripada mana-mana ahli perniagaan Cina.
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
60 anggota polis Thailand disiasat terima 'ang pow'
Polis Thailand telah memulakan siasatan ke atas 60 anggota polis dari empat balai polis di Bangkok kerana menerima ang pow.