Lapan belas mayat mangsa kejadian bangunan runtuh di Rusia berjaya dikeluarkan pada Rabu.

Menurut Kementerian Kecemasan Serantau negara itu, setakat ini 23 lagi mangsa masih dilaporkan hilang.

Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi Isnin akibat kebocoran gas yang menyebabkan kerosakan pada 48 unit pangsapuri di sebuah bangunan 10 tingkat di bandar Magnitogorsk.

Sebelum ini, dilaporkan seorang bayi lelaki ditemui hidup pada Selasa selepas 35 jam tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan sejuk melampau.


Punca sebenar letupan masih disiasat dan Jawatankuasa Penyiasatan berkata setakat ini, tiada kesan bahan letupan ditemui di lokasi kejadian.