Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam kejadian letupan bom kereta berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia, Mogadishu, pada Khamis.

Kapten Mohamed Hussein berkata ledakan itu berlaku berhampiran hotel Weheliye di jalan Makka Almukarramah yang sibuk.

Jalan terbabit sering menjadi sasaran serangan oleh kumpulan ekstremis al-Shabab.

Menurut jurucakap kementerian keselamatan, Abdulaziz Hildhiban kebanyakan mangsa adalah orang awam dan peniaga.

Al-Shabab mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu.

Kumpulan terbabit sering menyerang kawasan berprofil tinggi di Mogadishu seperti hotel dan pusat pemeriksaan tentera.

Letupan pada Khamis berlaku selepas hampir sebulan dua kejadian letupan bom kereta di Mogadishu yang membunuh sekurang-kurangnya 21 orang.