Seorang wanita yang dilahirkan dengan 12 jari tangan dan 20 jari kaki disisihkan masyarakat yang menganggapnya sebagai ahli sihir.

Kumar Nayak, 63, yang tinggal di bandar Ganja, Odisha di India mengalami kecacatan itu sejak lahir dan tidak pernah mendapatkan rawatan.

Menurutnya, orang ramai sering menjauhkan diri berikutan keadaannya yang luar biasa.

"Saya dilahirkan dengan kecacatan ini dan tidak mendapatkan rawatan kerana kehidupan keluarga yang miskin.

"Selama 63 tahun saya hidup dalam keadaan ini. Penduduk berdekatan percaya bahawa saya seorang ahli sihir dan menjauhkan diri," katanya.

Dia berkata, ada pengunjung yang datang melihat keadaannya.

"Saya terpaksa tinggal di dalam rumah kerana kerana dilayan dengan cara berbeza," katanya.

Namun terdapat jiran yang bersimpati dengan keadaan wanita itu.

"Saya tahu dia mempunyai masalah perubatan dan tiada kaitan dengan tanggapan orang terhadapnya.

"Saya simpati padanya kerana dia tidak mampu untuk merawat dirinya," katanya - Agensi